BILA TANGAN MULA MENAIP

Tuesday 6 November 2012

Debat Piala Johor 2012


                                 

Bila Tangan Mula Menaip:Sedikit kisah yang aku ingin kongsikan walaupun benda ni dah lama lepas dan aku jarang untuk "UPDATE "blog ni disebabkan kekangan masa,tapi bila ada masa terluang macam ni baru la sedap sikit nak menaip panjang-panjang.Kisah ini adalah kisah tentang pertadingan Debat Piala Johor yang aku sertai di UITM Segamat.Pertandingan sudah lama berlangsung tetapi kenangan masih lagi segar dalam fikiran aku kerana perkara yanga aku inginkan dalam dunia debat ini dapat juga aku rasai.Pengalaman ini sangat berharga pada aku kerana setelah 3 tahun berkecimpung dalam dunia perdebatan IPT barulah aku dapat merasai bagaimanakah perasaan berada di pentas final dan merasai bagaimanakah perasaan gemuruh,suka,takut,dan macam-macam lagilah perasaan sebab selama ini tidak pernah berdebat dalam suasana penonton yang begitu ramai.

Dalam pertandingan Debat ini aku digandingan bersama teman-teman rapat aku juga yang aku telah anggap seperti adik beradik aku sendiri.selaku posisi 1 speaker iaitu saudara firdaus hashim,2 speaker saudara aslam hariri dan posisi aku adalah 3 speaker manakala simpanan pula saudari aisyah.UPNM menghantar 2 pasukan dan pasukan aku adalah pasukan UPNM A dan satu pasukan lagi di anggotai oleh  saudara  Zakwan,saudara fikri izzat,saudara abid dan juga saudara shazni.

suasana pertama kali jejak kaki ke final

keputusan peringkat awal Debat Piala Johor 2012 bagi pasukan UPNM 1

pusingan 1
USIM  vs UPNM 
USUL:Kahwin muda menyenangkan
JURI:3-0
MARGIN:6.67
P.TERBAIK:Muslim

pusingan 2
UPNM vs UITM PERLIS
USUL:Fitnah darah daging politik
JURI:3-0
MARGIN:4
P.TERBAIK:Aslam

pusingan 3
UPNM vs UITM MELAKA
USUL:Bagai menanam tebu di pinggir bibir
JURI:3-0
MARGIN:1.6
P.TERBAIK:Ariff

pusingan 4
UPNM vs UITM KUANTAN
USUL:2020:Malaysia bankrup
JURI:2-1
MARGIN:3.5
P.TERBAIK:Aslam

pusingan 5
UITM NS vs UPNM
USUL:Lelaki watak utama
JURI:2-1
MARGIN:6
P.TERBAIK:Aslam

bergambar bersama pendebat UITM melaka

pusingan suku akhir
UPNM vs UITM MELAKA[A] 
USUL:tidak kenal maka tidak cinta
JURI:4-1
MARGIN:1.5
P.TERBAIK:Afifi

pusingan separuh akhir
UPNM vs UITM MELAKA[B]
USUL:BR1M:satu agenda politik
JURI:3-2
MARGIN:2
P.TERBAIK:Muslim
majlis makan malam
Selain menimba pengalaman baru dalam dunia perdebatan,aku juga berpeluang mengenali rakan-rakan baru terutamanya di UITM JOHOR,,mereka sangat peramah dan juga cantik-cantik..hahahaha....tapi macam biasa la bila dah cantik tu mesti dah ada teman istimewa nya....huh!!!!
Walaubagaimanapun pertandingan kali ini BEST BRO....
alhamdullilah segalanya dipermudahkan
pusingan akhir
UKM vs UPNM 
USUL:Kekalutan politik Malaysia,Wajar campurtangan luar
JURI:7-0
MARGIN:3.5
P.TERBAIK:Muslim

bajet