BILA TANGAN MULA MENAIP

Wednesday 5 December 2012

MAJLIS KONVOKESYEN KAKAK

Tarikh:27 Disember 2012
Tempat:UiTM Shah Alam
event:Majlis Konvokesyen

Bila Tangan Mula Menaip:Tanggal 27 Disember 2012 kakak aku secara sahnya telah mendapat ijazah dan sekarang sedang mencari kerja pula.
Aku pula tak taw la boleh ke tidak konvo tahun depan,harap-harap boleh la mengikut jejak langkah kakak aku ni..

Tugas aku semasa pergi majlis ini adalah sebagai jurugambar profesional yang sentiasa membawa camera kemana-mana sahaja aku berjalan.


Selain ambil gambar keluarga sewaktu konvo ni aku ad la jugak snap gamab gadis-gadis jelita secara curi-curi,maklumlah tempat event macam ni memang ramai yang cun.hahaa,tapi bukan itu sebenarnya tujuan utama aku update entry ni.
Perkara utama adalah aku dapat melihat betapa wajah yang sangat gembira dan bangga di wajah parent aku yang selama ini bersusah payah membanting tulang 4 kerat.Disebabkan itulah aku sendiri menjadi tidak sabar untuk menghabiskan pelajaran aku di UPNM agar aku juga dapat membanggakan mereka..

with family                             




Selain majlis konvo ini.aku juga berenjoy-enjoy dengan family di I-CITY










    





Tuesday 4 December 2012

HARI KELUARGA DEBAT UPNM

Tarikh: 30 November-2 Disember 2012
Event:Program Hari Keluarga Debat UPNM
Tempat:Dusun Eco Resort


aktiviti berakit
Bila Tangan Mula Menaip:Program 3 hari 2 malam ini sangat menarik serta memberikan memori yang sangat indah dalm kehidupan ku sebagai salah seorang ahli Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malayasia.Walaupaun aku sibuk dengan kerja sepanjang tempoh latihan Industri ini tidak meghalang aku untuk mengurangkan tekanan dengan mengikuti keluarga Debat UPNM ke Dusun Eco Resort serta bersama-sama abang-abang serta adik-adik dalam Kesatuan ini. 

Dalam program ini juga telah diadakan aktiviti keluarga serta mesyuarat agong Kesatuan Debat UPNM dengan perlantikan semula organisasi  pentadbiran Kesatuan Debat UPNM.Dalam perlantikan semula ini kita dapat melihat gabungan ahli lama dan ahli baru menjadi pemimpin Kesatuan ini untuk terus membawa Kesatuan Debat UPNM ke arah yang lebih gemilang.Perlantikan ini dilakukan melalui sistem pilihanraya yang mana mempertandingkan jawatan Presiden,Naib Presiden,S/U,Pen S/U,Bendahari,Pen Bendahari.Manakala bagi jawatan AJK dalam melalui mesyuarat majlis tertinggi yang akan diadakan selepas ini.

bergambar sebelum balik
Bagi jawatan Presiden masih lagi berjaya dimenangi oleh PRK Wan Azizul Faiz buat kali kedua berturut selepas menewaskan PKDT Ikhwan dan juga PKDT Abid. Manakala jawatan Naib Presiden diberikan kepada PKDT Abid yang mendapat undian kedua tertinggi bagi jawatan Presiden.Keputusan jawatan Naib Presiden ini diputuskan  melalui persetujuan ahli kelab yang hadir dalam mesyuarat ini yang mana telah dipengerusikan oleh En.Norhalis iaitu jurulatih bagi Kesatuan Debat UPNM.

Dibawah adalah organisasi baru Kesatuan Debat UPNM.

Presiden


Nama:PEGAWAI RENDAH KANAN
          WAN AZIZUL FAIZ
Umur:22
Pengambilan:2008








Naib Presiden


              Nama:  PEGAWAI KADET
                           ABID JD
               Umur: 20
               Pengambilan:2010    
             







Setiusaha
         
           
              Nama:NUR RIBHAN ROSDI
              Umur:18
              Pengambilan:2012










Pen.Setiausaha
                   
                         Nama:PEGAWAI KADET
                                    MUHAMMAD FIRDAUS
                          Umur: 20
                          Pengambilan:2010






Selain daripada itu juga Program ini telah merapatkan lagi silaturahim antara ahli kesatuan debat walaupun tidak kesemua ahli kesatuan dapat mengikuti program ini disebabkan oleh tugas-tugas yang tidak dapat dielakkan.Walaubagaimanapun program ini tetap berjalan dengan jayanya dengan pelbagai aktiviti dijlankan seperti Polo air,berakit,flying fox.LDK,sambut besday yang buka tarikhnya serta macam-macam lagi.

jambatan gantung


makan durian la pulak.....penuh satu bonet kereta dgn buah DURIAN....

Part yang best time makan durian adalah sewaktu tengok bagaimana orang yang tidak boleh makan durian dipaksa.
Teruk sangat keadaan..

Tuesday 6 November 2012

Debat Piala Johor 2012


                                 

Bila Tangan Mula Menaip:Sedikit kisah yang aku ingin kongsikan walaupun benda ni dah lama lepas dan aku jarang untuk "UPDATE "blog ni disebabkan kekangan masa,tapi bila ada masa terluang macam ni baru la sedap sikit nak menaip panjang-panjang.Kisah ini adalah kisah tentang pertadingan Debat Piala Johor yang aku sertai di UITM Segamat.Pertandingan sudah lama berlangsung tetapi kenangan masih lagi segar dalam fikiran aku kerana perkara yanga aku inginkan dalam dunia debat ini dapat juga aku rasai.Pengalaman ini sangat berharga pada aku kerana setelah 3 tahun berkecimpung dalam dunia perdebatan IPT barulah aku dapat merasai bagaimanakah perasaan berada di pentas final dan merasai bagaimanakah perasaan gemuruh,suka,takut,dan macam-macam lagilah perasaan sebab selama ini tidak pernah berdebat dalam suasana penonton yang begitu ramai.

Dalam pertandingan Debat ini aku digandingan bersama teman-teman rapat aku juga yang aku telah anggap seperti adik beradik aku sendiri.selaku posisi 1 speaker iaitu saudara firdaus hashim,2 speaker saudara aslam hariri dan posisi aku adalah 3 speaker manakala simpanan pula saudari aisyah.UPNM menghantar 2 pasukan dan pasukan aku adalah pasukan UPNM A dan satu pasukan lagi di anggotai oleh  saudara  Zakwan,saudara fikri izzat,saudara abid dan juga saudara shazni.

suasana pertama kali jejak kaki ke final

keputusan peringkat awal Debat Piala Johor 2012 bagi pasukan UPNM 1

pusingan 1
USIM  vs UPNM 
USUL:Kahwin muda menyenangkan
JURI:3-0
MARGIN:6.67
P.TERBAIK:Muslim

pusingan 2
UPNM vs UITM PERLIS
USUL:Fitnah darah daging politik
JURI:3-0
MARGIN:4
P.TERBAIK:Aslam

pusingan 3
UPNM vs UITM MELAKA
USUL:Bagai menanam tebu di pinggir bibir
JURI:3-0
MARGIN:1.6
P.TERBAIK:Ariff

pusingan 4
UPNM vs UITM KUANTAN
USUL:2020:Malaysia bankrup
JURI:2-1
MARGIN:3.5
P.TERBAIK:Aslam

pusingan 5
UITM NS vs UPNM
USUL:Lelaki watak utama
JURI:2-1
MARGIN:6
P.TERBAIK:Aslam

bergambar bersama pendebat UITM melaka

pusingan suku akhir
UPNM vs UITM MELAKA[A] 
USUL:tidak kenal maka tidak cinta
JURI:4-1
MARGIN:1.5
P.TERBAIK:Afifi

pusingan separuh akhir
UPNM vs UITM MELAKA[B]
USUL:BR1M:satu agenda politik
JURI:3-2
MARGIN:2
P.TERBAIK:Muslim
majlis makan malam
Selain menimba pengalaman baru dalam dunia perdebatan,aku juga berpeluang mengenali rakan-rakan baru terutamanya di UITM JOHOR,,mereka sangat peramah dan juga cantik-cantik..hahahaha....tapi macam biasa la bila dah cantik tu mesti dah ada teman istimewa nya....huh!!!!
Walaubagaimanapun pertandingan kali ini BEST BRO....
alhamdullilah segalanya dipermudahkan
pusingan akhir
UKM vs UPNM 
USUL:Kekalutan politik Malaysia,Wajar campurtangan luar
JURI:7-0
MARGIN:3.5
P.TERBAIK:Muslim

bajet

Tuesday 11 September 2012

pertandingan debat Keamanan Ala Presiden 2012

pertandingan ini berlangsung pada
4-8 februari 2012
di UPNM,,,,
kali ke-2 menjadi tuan rumah

sesi kuarantin 30 minit bersama wakil aku PATRICK DINESH
mendegar hujah lawan

Pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden 2012 sangat bermakna pada diri aku kerana format debat kemanan ala presiden ini memerlukan daya pemikiran yang tinggi serta ketahanan mental yang sangat kuat kerana kita hanya berdiri seorang diri sahaja untuk memikirkan hujah,fakta dan bidasan sewaktu pertandingan bermula,wakil kita hanya dapat membantu sewaktu sesi kuarantin 30 minit sahaja dan hanya dapat mengemukakan soalan kepada pihak lawan pada sesi ke-3 iaitu soalan daripada wakil.

berikut keputusan perlawanan aku sewaktu peringkat kumpulan.


             K            P
                                   UPNM vs UUM
                                  UPNM vs UMS
                                      UMP    vs UPNM
                                      UITM   vs UPNM
                                      USIM   vs UPNM



                      
 Alhamdullilah,dalam peringkat kumpulan aku menjadi juara kumpulan D dan melayakkan aku ke pusingan suku akhir.Dalam pusingan suku akhir ini aku berdepan dengan peserta daripada Lim Kok Wing Universiti dan dalam pusingan kali ini aku menang dengan keputusan juri 4-1 margin 1.5.Inilah kali pertama aku layak ke pusingan separuh akhir sejak aku menyertai pertandingan debat IPT ini...
Pengalaman ini sangat bermakna bagi diri kerana pertama kali berdebat dihadapan penonton yang agak ramai.

 Pada pusingan separuh akhir aku bertemu dengan senior@abang@ kawan baik aku  sendiri yang juga layak ke pusingan separuh akhir.Dalam pusingan ini aku berada di posisi pembangkang dan aku tewas dengan Wan Azizul Faiz iaitu individu yang telah menjuarai Debat Keamanan 2012 selepas menewaskan peserta dari UPM pada pusingan akhir.

Walaupun perjuangan aku hanya terhenti sehingga ke pusingan separuh akhir namun aku tetap gembira kerana hasrat aku untuk berdebat dihadapan orang ramai telah tercapai.Selain itu juga pelbagai ilmu,nasihat serta kritikan membina banyak aku perolehi untuk meningkatkan lagi mutu debat aku..

Aku sangat berterima kasih kepada guru@abang@jurulatih debat aku yang tidak pernah jemu mengajar aku berdebat dan bersabar dengan perangai aku..diharap segala ilmu yang diberikan dapat aku kembangkan dan gunakan untuk kebai

penyampai hadiah
bergambar dengan JUARA
 




bersama Prof Wan Mahzom

saje menyibuk atas pentas final...walaupun xlayak..Bila la aku nak betul2 ada kat situ???