BILA TANGAN MULA MENAIP

Friday 2 September 2011

perjalanan pulang ke kampung

Tarikh 26 Ogos 2011 merupakan satu lagi tarikh yang tidak dapat aku lupakan dalam hidup aku kerana tarikh ini sangat-sangat memberikan aku pengalaman yang tak dapat aku lupakan.26 Ogos bersamaan 26 Ramadhan merupakan tarikh aku mendapat cuti dan tarikh dimana aku dapat  pulang ke kampung untuk meraikan sambutan hari raya aidilfitri.Kisah perjalanan pulang ke kampung aku bermula apabila aku tidak dapat membeli tiket untuk pulang kerana tiket dari KL ke KB telah pun habis namun tindakan senior aku men''Organise'' bas untuk budak-budak kelantan yang belajar di UPNM telah menyelesaikan masalah untuk aku pulang ke kampung.Tepat pukul 11 malam 26 Ogos kami bertolak dari tempat Times SQuare KL menuju ke Kota Bharu dengan perasaan yang gembira kerana tak sabar-sabar untuk berjumpa keluarga masing-masing.Selepas 3 jam perjalanan kami tiba di perhentian Benta Pahang dan disinilah keresahan di hati kami mula timbul apabila bas yang kami naiki mengalami kerosakan sehinggakan ia boleh membahayakan sekiranya perjalanan diteruskan.Oleh sebab iu pemandu bas mengambil keputusan supaya kami bersahur terus di perhentian Benta kerana bimbang sekiranya bas idak boleh diperbaiki pada waktu yang sepatutnya.Aku dan kawan-kawan tak tunggu lama terus je kami pergi ke kedai berdekatan kat tempat bas kami berheni tu dan order makanan untuk sahur,sambil makan dan menonton TV kami bersembang panjang tanpa memikirkan masalah bas yang sedang melanda kerana kami dimaklumkan bahawa 'Pomen' akan sampai dalam tempoh 2 jam,jadi kitaorang wat rileks-rileks je la.Selepas makan dan solat subuh kami pun naik ke bas dan membuta kerana tak ada apa yang boleh kami lakukan lagi,time ni masih rileks lagi sebab driver bas tu cakap pomen akan sampai kejab je lagi.Jam menunjukkan pukul 10 pagi 27 Ogos dan pomen yang dijanji-janjikan belum lagi sampai dan time ni la aku rasa tak sedap hati sebab aku tengok driver pum macam blur-blur je.Senior aku try la call tauke empunya bas tu tapi mcam-macam alasan pulak dia bagi cakap jalan sibuk la,bas ganti tak ada la,,dan macam-macam lagi la alasan.Tunggu punya tunggu kitaorang pun ambil keputusan dengan menahan bas tambang yang lalu lalang tu untuk bergerak ke Kuala Lipis dengan harapan ada la bas ataupun kereta api untuk pulang ke Kelantan.Kami pun naik la bas Lim Siong Pahang untuk ke kuala lipis dan apabila sampai je kat kuala lipis kitaorang p la usha tiket bas dan juga tiket kereta api manala taw kot-kot ada lagi yang lebih.Usha punya usha habuk pun tarak ,so semua dah mental & pening kepala macam mana la nak balik kg ni,dalam keadaan terdesak tu adalah 2 3 orng geng-geng aku ni dah mula membuka puasa sebelum waktu nya,,,Ehm,selepas bincang punya bincang akhirnya kami pun buat lah keputusan untuk menaiki kereta api tanpa tiket dengan istilahnya 'lompat kereta api'..so tepat jam 1.30 tgh hari aku pun naik lah kereta api dengan perasaan cuak maklum lah first time naik kereta api pastu dengan cara salah pulak..Bila kereta api dah mula bertolak tukang check tiket pun menjalankan tugasnya,,,entah macam mana la nasib aku cukup baik apabila aku terlepas dari disedari oleh tukang check tike tu..naik free la aku nampaknya...aku ingat kitaorang je yang naik tanpa tiket tapi rupa-rupanya belambak lagi atas kereta api tu naik tanpa tiket,mana tak nya penuh je orang atas kereta api tu dengan manusia sampaikan aku terpaksa duduk di depan pintu kereta api sampai keras punggung aku di buat nya..paling aku tak boleh lupa bila kereta api tu melalui jalan Kuala Krai hujan  mula turun habis basah aku dibuatnya,,adoiyai...lebih kurang 5 jam lebih aku duduk kat atas kereta api tu..akhirnya aku tiba di stesen pasir mas.,,dan ayah aku pun dah ada kat sana..sempat jugak aku berbuka bersama keluarga....

Friday 19 August 2011

KESATUAN KELAB DEBAT

Ini lah logo Kesatuan Kelab Debat UPNM,,nampak simple je logo ni tapi bagi aku kelab debat UPNM ni sangat bermakna bagi diri aku terutamanya dalam usaha aku untuk membina keyakinan diri dalam bidang pengucapan.Aku start join kelab ni pada tahun 2009  dan masa tu aku masih lagi asasi,,the most junior la dalam kelab tu tetapi walaubagaimanapun senior-senior serta jurulatih kami kat kelab tu melayan kami seperti keluarga dan itu telah menjadi budaya dalam kelab ni sampai sekarang..
      Melalui kelab ni jugak lah aku dapat berkomunikasi dengan pelajar daripada Universiti lain apabila aku melibatkan diri sekiranya ada pertandingan debat antara universiti dan pertandingan pertama yang pernah aku join adalah semasa Pertandingan Debat Diraja di UM yang mana aku diletakkan dalam team Utama 2 bersama kawan-kawan aku yang baru juga seperti aku dalam kelab debat ni iaitu Arif Tajul Arifin,Naquib dan team kami dibimbing oleh seorang senior iaitu tuan Syaheer Saifudin yang banyaka memberi tunjuk ajar serta moral ketika kami berdebat..masa pertandingan tu aku berada di kedudukan 2 speaker,,dan masa tu lah sampai pucat lesi muka aku ketika berdebat maklumlah berdepan dengan orang yang hebat-hebat dalam dunia debat,,macam-macam soalan ditanya sehingga aku sendiri pun sampai merapu-rapu menjawab setiap soalan yang ditanya..Tapi apapun banyak benda yang aku belajar kat pertandingan tu,,
                                    ni gambar masa kat dewan utama kat UM tengah tunggu usul
          yang lain sibuk baca fakta,,aku??sibuk fikir pasukan mana pulak yang akan bantai team kami nanti

Sekarang aku dah boleh dikategorikan lama jugak la dalam kelab ni sekarang & semestinya aku juga mempunyai impian juga intik memenangi salah satu pertandingan debat..harap-harap la..,aku memang bersyukur sangat dapat masuk kelab ni,,thankz u allzzzzz

Tuesday 16 August 2011

try k

696666999999666999999666666966666966666696666666669666696666696 696669999999969999999966669696666966666696666666696966696666696 696666999999999999999666696669666966666696666666966696699999996 696666669999999999996666966666966966666696666669666669696666696 696666666699999999666666999999966966666696666669999999696666696 696666666666999966666666966666966966666696666669666669696666696 696666666666699666666666966666966999999699999969666669696666696

1)Highlight the numbers
2)Press Ctrl + F
3)Type 9

Monday 15 August 2011

BOY: A, B, C
GIRL: What?
BOY: Always Be Careful
GIRL: aha then?
BOY: D, E, F, G
Girl : ??
BOY: Don't Ever Forget That
GIRL: ForGet That
BOY: I'm H, I
Girl: What H, I ?
BOY: Happilly Inlove
GIRL: so
BOY: J, K, L, M, Just Keep Loving Me
GIRL: and how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z ?
BOY: No Other Person Quite, Reasonable, Shall Treat U Very Well Xcept me You'll Zee

BOY: A, B, C
GIRL: What?
BOY: Always Be Careful
GIRL: aha then?
BOY: D, E, F, G
Girl : ??
BOY: Don't Ever Forget That
GIRL: ForGet That
BOY: I'm H, I
Girl: What H, I ?
BOY: Happilly Inlove
GIRL: so
BOY: J, K, L, M, Just Keep Loving Me
GIRL: and how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z ?
BOY: No Other Person Quite, Reasonable, Shall Treat U Very Well Xcept me You'll Zee
BOY: A, B, C
GIRL: What?
BOY: Always Be Careful
GIRL: aha then?
BOY: D, E, F, G
Girl : ??
BOY: Don't Ever Forget That
GIRL: ForGet That
BOY: I'm H, I
Girl: What H, I ?
BOY: Happilly Inlove
GIRL: so
BOY: J, K, L, M, Just Keep Loving Me
GIRL: and how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z ?
BOY: No Other Person Quite, Reasonable, Shall Treat U Very Well Xcept me You'll Zee

Sunday 14 August 2011

Petanda dia adalah jodoh kamu...


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti
memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal
antara keduanya. Hanya dengan menatap mata
atau mendengar suaranya, kita akan merasakan
getaran dan seolah ingin terus bersamanya.
Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar
seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh
(soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki
usia hubungan yang panjang adalah dengan
adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu
dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu
dapat melalui segala aspek kehidupan secara
bersama-sama. Dan semuanya terasa amat
menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan
orang lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada
harapan bahawa dia adalah calon pendamping
hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau
tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan
adalah kemampuannya bersikap bersahaja di
depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah
gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya
mengesankan apa adanya? Apakah setiap
ucapannya selalu tampak spontan dan tidak
dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar
dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua
dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia
dapat saling membaca fikiran dan menduga
reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada
situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah
destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan
tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu
dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa
bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua
kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun.
Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam
hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah
dia orang pertama yang datang memberi bantuan
tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu
faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi.
Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga
kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat
bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau
begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima
kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan
kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia.
Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun
tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama
dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya
kepada kamu tentang kelemahan dan
kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya
disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di
tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat
kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak
dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya,
maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan
sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu
temukan padanya
_________________
True love doesn't always have a happy ending, because true love never
ends....

Be more concerned with your character
than your reputation, because your
character is what you really are,
while your reputation is merely what
others think you are

Friday 24 June 2011

MASUM 2011

walaupun dah setahun la lebih kurang aku menyertai kelab sukan air UPNM namun ni adalah first time aku join sukan masum dan suasananya sangat berbeza berbanding dengan varsity boat race..kenapa????Ehm,,sebab nya pencabar kali ini sangt lain,,kerana ramai antara rowers universiti lain baru je lepas join sukma so kehebatan diaorang mmg susah untuk diatasi,,walaubagaimanapun,kami tetap berhempas pulas untuk meletakkn diri diantara yang terbaik dan cuba untuk memberi saingan kepada universiti lain walaupun peluang agak tipis bagi kami tetapi semangat kami tetap tidak luntur,,TQ TEAM 8+...

 GRENADE
 sebelum turun boat..briefing ke posing??
TEAM 4-
 
rehat dulu
logo Kelab Sukan Air UPNM,,GRENADE

Pertandingan masum kali ini banyak membuka mata kami bahawa kerjasama diatas 1 boat itu sangat penting dan prestasi untuk sukan ini dikembangkan adalh sanagt cerah dengan adanya pelapis2 muda yang berbakat,,

Sunday 12 June 2011

AkU & PLkN

Mase aku dapat tahu yang aku kena pergi PLkN,,fuh rasa memang tak puas hati sangat-sangat sebab kawan-kawan aku yang lain semua dah plan nak isi masa cuti diaorang dengan bekerja  sambilan & buat aktiviti yang diaorang suka tapi aku kena melapor kat PLkN.Mase sampai je kat Kem Merang Suria aku tengok macam-macam jenis orang datang melapor dengan pakaian dan gaya tersendiri tidak kira Melayu,Cina,India semuanya macam blur!!! je...

Selepas habis pendaftaran danpembahagian bilik kitaorang dikehendaki berbaris untuk gunting rambut dan inilah yang buat aku rasa nak marah,cuak,xpuas hati dan macam-macam lagilah perasaan yang aku rasa sebab   fesyen rambut yang diukir pada kepala aku adalh berbentuk bulat dan pendek,,nampak hodoh sangat tapi tidaklah rasa malu sangat sebab semua potongan adalah sama.Semasa pembahagian barang-barang isu PLkN    macam-macam kitaorang dapat untukmenjalani latihan selama 3 bulan di PLkN. Walaubagaimanapun, perasaan tidak suka aku pada PLkN tidaklah teruk sangat sebab aku dah biasa dengan kehidupan di asrama.
                                                                                                                    
                                                                                                                                          BERSAMBUNG

BAHAYA TAUGE


Kepada mereka-mereka yang sukakan makanan yang jenis vegetarian ni perlulah berhati-hati terutama kepada penggemar tauge,,Ehm ad ke penggemar tauge??tidak kisahlah ada ke tidak yang penting kita kena tahu kandungan bakteria yang ada dalam tauge itu.Menurut sumber yang aku baca dalam akhbar jelas mengatakan bahawa dalam tauge ada Bakteria  E.COLI yang boleh membunuh kerana bakteria jenis ini bersifat agresif dan kalis antibiotik.Buktinya sudah lebih 20 nyawa telah tekorban di Jerman disebabkan oleh bakteria ini.Jadi kepada mereka yang suka makan tauge itu perlulah lebih berhati-hati dalam mengambil sesuatu makanan

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PERSENJATAAN

TANK SEMASA PERANG DUNIA 1
 MARK 1 Inggeris pada Pertempuran Somme

Keadaan pertempuran Perang Dunia 1 di Front Barat membuat angkatan darat berfikir untuk mengembangkan kendaraan yang boleh menyeberangi parit, menghancurkan kawat duri, dan tidak mampu ditembak. Tank pertama kali diuji oleh tentera Inggeris pada 6/9/1915
Tank pertama kali dipakai dalam perang ketika Kapten H. W. Mortimore membawa tank Mark I dalam Pertempuran Somme pada 15/91916. 
 Tank  buatan Inggeris

HAKKA

Persembahan ni kitaorang buat masa hari 1juta belia di Putrajaya,masa ni Menteri Belia dan Sukan datang untuk merasmikan program rakan muda.

Saturday 11 June 2011

kg AKU

Cerita tentang Kg. Semut Api,sebuah kg di tepi persisiran Pantai Cahaya Bulan yang agak terkenal pada satu ketika dahulu dan menjadi tarikan pelancong samaada dari dalam ataupun dari luar negara namun setelah sekian lama tarikan dan keindahan di PCB semakin berkurang kerana hakisan ombak.Walaubagaimanapun keseronokan di PCB tetap tidak berkurang kerana seni batik,makanan laut, mash lagi menjadi ruang untuk menarik pelancong datang di samping keramahan penduduk kg.Selain itu,penduduk PCB sering mengadakan aktiviti sukan rakyat dan gotong-royong bagi merapatkan ukhwah diantara penduduk.TIDAK PERCAYA??PERGI LAH TENGOK SENDIRI!!!

kaum lelaki bergotong-royong melapah lembu
 
 kaum wanita sibuk dengan aktiviti memasak
setelah penat bergotong-royong,masing-masing menjamu hidangan sambil beramah mesra antara satu sama lain
 
pertandingan Dam Aji


MUTIARA KATA

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"
(Hassan al-Banna)


KASIH SAYANG
"Perumpamaan mukminin dalam cinta dan kasih sayang mereka ibarat satu tubuh yang apabila satu anggotanya menderita,maka seluruh tubuh akan turut sama ada kerana tidak boleh tidur ataupun kerana panas"
(Riwayat Muslim)

sukan KELATE

Melihat kepada perkembangan bola sepak kelantan kita semestinya melihat siapakah orang yang telah melakukan transformasi kepada bola sepak kelantan yang sebelum ini hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh sesetengah pasukan namun kali ini pasukan kelantan diantara pasukan yang digeruni lawan kerana setiap posisi pasukan kelantan boleh di katakan lengkap dan berbisa.Setelah berjaya menjulang Piala Malaysia 2010 kini harapan seluruh rakyat Kelantan adalah mahu melihat Piala FA pula diarak dis setiap pelusuk negeri Kelantan...Semoga berjaya THE RED WARRIORS

Monday 4 April 2011

MUTIARA KATA

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)

PERTANDINGAN ROWING

mase pertandingan rowing Interwarsity:

pertandingan pertama aku dalam kelab sukan air,,,"PANAS"
UPNM ROWING CLUB




walaupun cuaca panas tapi kerana semangat serta kerjasama bersama rakan-rakan membuatkan semangat kami langsung tidak luntur