BILA TANGAN MULA MENAIP

Friday 2 September 2011

perjalanan pulang ke kampung

Tarikh 26 Ogos 2011 merupakan satu lagi tarikh yang tidak dapat aku lupakan dalam hidup aku kerana tarikh ini sangat-sangat memberikan aku pengalaman yang tak dapat aku lupakan.26 Ogos bersamaan 26 Ramadhan merupakan tarikh aku mendapat cuti dan tarikh dimana aku dapat  pulang ke kampung untuk meraikan sambutan hari raya aidilfitri.Kisah perjalanan pulang ke kampung aku bermula apabila aku tidak dapat membeli tiket untuk pulang kerana tiket dari KL ke KB telah pun habis namun tindakan senior aku men''Organise'' bas untuk budak-budak kelantan yang belajar di UPNM telah menyelesaikan masalah untuk aku pulang ke kampung.Tepat pukul 11 malam 26 Ogos kami bertolak dari tempat Times SQuare KL menuju ke Kota Bharu dengan perasaan yang gembira kerana tak sabar-sabar untuk berjumpa keluarga masing-masing.Selepas 3 jam perjalanan kami tiba di perhentian Benta Pahang dan disinilah keresahan di hati kami mula timbul apabila bas yang kami naiki mengalami kerosakan sehinggakan ia boleh membahayakan sekiranya perjalanan diteruskan.Oleh sebab iu pemandu bas mengambil keputusan supaya kami bersahur terus di perhentian Benta kerana bimbang sekiranya bas idak boleh diperbaiki pada waktu yang sepatutnya.Aku dan kawan-kawan tak tunggu lama terus je kami pergi ke kedai berdekatan kat tempat bas kami berheni tu dan order makanan untuk sahur,sambil makan dan menonton TV kami bersembang panjang tanpa memikirkan masalah bas yang sedang melanda kerana kami dimaklumkan bahawa 'Pomen' akan sampai dalam tempoh 2 jam,jadi kitaorang wat rileks-rileks je la.Selepas makan dan solat subuh kami pun naik ke bas dan membuta kerana tak ada apa yang boleh kami lakukan lagi,time ni masih rileks lagi sebab driver bas tu cakap pomen akan sampai kejab je lagi.Jam menunjukkan pukul 10 pagi 27 Ogos dan pomen yang dijanji-janjikan belum lagi sampai dan time ni la aku rasa tak sedap hati sebab aku tengok driver pum macam blur-blur je.Senior aku try la call tauke empunya bas tu tapi mcam-macam alasan pulak dia bagi cakap jalan sibuk la,bas ganti tak ada la,,dan macam-macam lagi la alasan.Tunggu punya tunggu kitaorang pun ambil keputusan dengan menahan bas tambang yang lalu lalang tu untuk bergerak ke Kuala Lipis dengan harapan ada la bas ataupun kereta api untuk pulang ke Kelantan.Kami pun naik la bas Lim Siong Pahang untuk ke kuala lipis dan apabila sampai je kat kuala lipis kitaorang p la usha tiket bas dan juga tiket kereta api manala taw kot-kot ada lagi yang lebih.Usha punya usha habuk pun tarak ,so semua dah mental & pening kepala macam mana la nak balik kg ni,dalam keadaan terdesak tu adalah 2 3 orng geng-geng aku ni dah mula membuka puasa sebelum waktu nya,,,Ehm,selepas bincang punya bincang akhirnya kami pun buat lah keputusan untuk menaiki kereta api tanpa tiket dengan istilahnya 'lompat kereta api'..so tepat jam 1.30 tgh hari aku pun naik lah kereta api dengan perasaan cuak maklum lah first time naik kereta api pastu dengan cara salah pulak..Bila kereta api dah mula bertolak tukang check tiket pun menjalankan tugasnya,,,entah macam mana la nasib aku cukup baik apabila aku terlepas dari disedari oleh tukang check tike tu..naik free la aku nampaknya...aku ingat kitaorang je yang naik tanpa tiket tapi rupa-rupanya belambak lagi atas kereta api tu naik tanpa tiket,mana tak nya penuh je orang atas kereta api tu dengan manusia sampaikan aku terpaksa duduk di depan pintu kereta api sampai keras punggung aku di buat nya..paling aku tak boleh lupa bila kereta api tu melalui jalan Kuala Krai hujan  mula turun habis basah aku dibuatnya,,adoiyai...lebih kurang 5 jam lebih aku duduk kat atas kereta api tu..akhirnya aku tiba di stesen pasir mas.,,dan ayah aku pun dah ada kat sana..sempat jugak aku berbuka bersama keluarga....